Hubungi Kami :
Coway Ais
Tahun 2023 ni ramai yang puas menunggu penantian penapis air coway terbaru model coway ais. Model ni diperkenalkan di Malaysia sebab nak penuhi keinginan orang ramai yang ketagih dengan ais batu yang bersih dan suci. Bagi memenuhi impian rakyat Malaysia, coway ais telah pon dilancarkan untuk kemudahan rakyat malaysia.
Jom hayyad kongsikan apa yang menarik tentang model terbaharu penapis air terbaharu coway ais ni. Jom tengok dari semua aspek yang hayyad akan kongsikan. Okay untuk model coway ais ni didatangkan dengan 2 jenis warna iaitu “Pebble Grey” & “Porcelain White” untuk tambahkan rasa ekslusif diruangan dapur anda dirumah.


Dari segi reka bentuk coway ais, lebih futuristik dan elegan berbanding model-model lain dan paling utama model coway ais ni 100 peratus hanya menggunakan ‘panel touch’. Panel touch model coway ais juga boleh dikawal dengan fungsi ‘My Cup Setting’ untuk bantu pengguna coway pilih jumlah air yang hendak diminum dari 120ml hingga 800ml (boleh setup).